in

KWSP Suri Rumah: 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan

KWSP Suri Rumah: Potongan dua peratus gaji suami, RM50 dana kerajaan. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah melibatkan dua peratus daripada gaji suami tidak akan membabitkan caruman tambahan.

Sebaliknya caruman yang dicadangkan sebelum ini iaitu dua peratus yang akan dipotong daripada 11 peratus caruman KWSP suami.

“Kita tak ambil tambahan, kita hanya ambil daripada 11 peratus itu sahaja. Pemotongan itu sebagai penghargaan kepada isteri,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesahkan akan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan KWSP pada pukul 3 petang, Khamis ini.

Sumber: Utusan