in

eGTukar: Permohonan Pertukaran Guru Secara Online KPM

eGTukar 2018: Permohonan Pertukaran Guru Secara Online Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). eGTukar Guru merupakan salah satu isu yang penting melibatkan guru-guru yang tinggal berjauhan dengan keluarga (suami / isteri) dan ini dikategorikan sebagai kes duka lara.

Pada 18 Februari yang lepas, permohonan untuk eGTukar 2018 telah dibuka dan mana-mana guru yang berminat untuk berpindah telah membuat permohanan secara online di modul eGTukar. eGTukar ini adalah sebuah applikasi Pertukaran Guru yang dibangunkan oleh KPM dan khusus untuk pertukaran berikut:

  • Pertukaran antara bahagian / negeri
  • Pertukaran antara daerah
  • Pertukaran dalam daerah

Berikut adalah petikan berkaitan eGTukar

eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul eGTukar dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Tarikh-tarikh Penting dan Aplikasi Permohonan eGTukar 2018

Di bawah ini dikongsikan tarikh penting yang anda perlu cakna bagi permohonan pertukaran guru sepanjang tahun ini, 2018.

  • Tarikh permohanan dibuka : 18 Februari 2018
  • Tarikh tutup permohonan : 25 Mac 2018
  • Pautan permohonan: https://epgo.moe.gov.my
egtukar
Paparan muka untuk halaman Daftar Masuk

Panduan Permohonan Pertukaran Guru Secara Online eGTukar

Bagi anda yang pertama kali ingin membuat permohonan e-GTukar, anda boleh terus klik pada pautan di bawah ini:

Pautan permohonan: https://epgo.moe.gov.my

Pautan untuk Daftar Masuk https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

Langkah-langkah berikutnya:

1. Pastikan anda telah membuat pendaftaran terlebih dahulu. Setelah selesai membuat  pendaftaran, anda boleh log masuk ke sistem applikasi permohonan. Butiran yang diperlukan ialah, ID Pengguna, Password (kata laluan) dan Nombor Kad Pengenalan (MyKad).

2. Apa yang berlaku sekiranya maklumat yang anda masukan tadi tidak tepat ialah anda akan melihat paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan ditunjukkan kepada anda. Pastikan anda sebagai pengguna menggunakan butiran pendaftaran yang tepat.

3. Jika anda mempunyai masalah terlupa password, anda boleh menggunakan pautan ini Lupa Kata Laluan untuk mendapatkan semula kata laluan tersebut. Pautan ini berada di laman utama eGTukar.

4. Sekiranya anda tiada sebarang masalah, anda boleh masukkan terus Nombor Kad Pengenalan (MyKad) pada ruangan yang diminta. Terdapat butang HANTAR, klik terus pada butang tersebut. Password yang anda lupa tadi akan dihantar melalui emel yang anda daftarkan.

Tukar Password eGTukar

Dengan memilih pautan ini, Tukar Kata Laluan, anda boleh menukar terus password untuk e-GTukar. Pastikan anda mengisi semua ruangan kerana ini adalah wajib.

Pastikan semua maklumat ini tepat, ID Pengguna, Password dan Nombor Kad Pengenalan di ruangan Laluan Masuk Password). Kemudian jangan lupa klik butang OK.

Log Keluar eGTukar

Jangan lupa untuk log keluar dengan klik pada pautan Log Keluar. Ini bagi memastikan keselamatan akaun anda dan tidak ada pihak yang cuba memanipulasikan akaun dan maklumat peribadi anda.

FAQ Pertukaran Guru (Soalan Yang Biasa Ditanya)

i. Kriteria kelayakan guru

Beberapa kriteria yang melayakkan guru dapat bertukar ke negeri yang dipohon:
1. Kepentingan perkhidmatan guru
2. Kekosongan jawatan guru yang memohon
3. Keperluan opsyen (subjek / aliran yang diajar) di negeri yang dipohon

ii. Jenis guru yang dapat membuat permohonan pertukaran

Berikut adalah senarai gred guru yang layak untuk membuat permohonan:
1. Guru Penolong Gred DG29
2. DG32 (KUP TIME-BASED)
3. DG34 (KUP TIME-BASED)
4. DG38 (KUP TIME-BASED)
5. DG41
6. DG42
7. DG44 (KUP TIME-BASED)
8. DG48 (KUP TIME-BASED)
9. DG52 (KUP TIME-BASED) dan
10. DG54 (KUP TIME-BASED)

iii. Rayuan Bagi Permohonan Pertukaran eGTukar

Semua keputusan permohonan adalah muktamad. Tiada sebarang rayuan dibenarkan dan pemohon juga dinasihatkan untuk mengisi dan memohon lagi pada sesi pertukaran akan datang.