in

Bonus Raya 2018: Kakitangan Awam RM400, Pesara RM200

Bonus Raya 2018: Kakitangan Awam RM400, Pesara RM200. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bonus raya sebanyak RM400 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 41 ke bawah, dan RM200 kepada pesara kerajaan.

Bonus raya akan dibayar pada 6 Jun 2018.

bantuan khas aidilfitri 2018
Infografik Sinar Harian

Selain pengumuman bantuan khas sempena Aidilfitri itu, Tun Dr Mahathir turut mengumumkan Bantuan Sara Hidup kepada rakyat bagi menggantikan BR1M dengan kadar bantuan dikekalkan.

Bantuan Sara Hidup akan mula diagihkan pada 6 Jun ini.

Turut diumumkan adalah diskaun 50% tol lebuh raya bagi tempoh 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara.